Wednesday, November 1, 2017

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, di sini dapat disimpulkan bahawa Plato merupakan seoarang pemikir falsafah yang paling unggul dan berwibawa. Hal ini kerana karya-karya yang dihasilkan oleh Plato mempunyai makna yang tersirat dan memerlukan pentakrifan akal manusia untuk memahami dan mendalami perkara yang ingin disampaikan oleh Plato. Plato sememangnya merupakan seorang tokoh falsafah yang terkemuka kerana setiap karya yang dihasilkan sama ada dalam bentuk puisi atau dialog mempunyai falsafah yang tersendiri. Setiap falsafah yang dihasilkan adalah untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang sejahtera dan harmoni. Oleh hal yang demikian, Plato telah dijadikan sumber inspirasi oleh ahli falsafah lain dalam penghasilan karya mereka dan Plato diibaratkan sebagai pencetus idea kepada mereka. Berdasarkan huraian yang telah dipersembahkan di atas, jelas terlihat bahawa idealisme yang dipegang oleh Plato adalah berbeza dengan idealisme moden. Hal demikian adalah kerana bagi Plato, alam idea merupakan suatu idea yang objektif. Oleh sebab itu, idealisme Plato sering disebut sebagai idealisme realisme, sedangkan idealisme moden lebih bersifat subjektif. Tidak dapat dinafikan lagi bahawa Plato merupakan seorang ahli falsafah yang agung melalui tulisan-tulisan yang dipersembahkannya.



Plato, Staatliche Museen, Berlin.

SUMBANGAN PLATO

Sumbangan Plato dapat dilihat apabila beliau menterjemahkan pemikiran Socrates di dalam memahami masyarakat yang kompleks menerusi dua karya agung beliau iaitu The Republic dan The Laws. Kedua-dua karya ini merupakan karya agung beliau yang secara ironinya banyak memberi kesan kepada perkembangan bidang antropologi dan sosiologi. Sumbangan yang signifikan oleh Plato dalam membincangkan tentang struktur masyarakat dapat diperhatikan di dalam inti pati penulisan beliau di dalam The Republic di mana karya ini merupakan inisiatif beliau dalam menggambarkan sebuah masyarakat yang ideal dan keadilan dapat diwujudkan dan seterusnya istilah ‘Idealisme’ telah terhasil (Bogardus 1960).

Menurut Plato, sebuah masyarakat yang ideal perlu mempunyai tiga kelompok manusia utama iaitu: pemerintah, penjaga (tentera) dan pekerja (petani). Pengkategorian ini dilihat sebagai sumbangan utama kepada wujudnya konsep-konsep yang penting di dalam bidang sosiologi iaitu konsep stratifikasi sosial. Ini kerana, setiap kategori tersebut melambangkan kelas sosial seseorang didalam ruang lingkup masyarakat yang lebih luas. Di samping itu, setiap kategori yang dinyatakan oleh Plato ini mempunyai adat resam mereka yang tersendiri yang membawa kepada mereka dikategorikan kepada kumpulan tersebut. Isu kekayaan dan kemiskinan juga wujud dalam struktur ini di mana golongan kaya terdiri daripada golongan pemerintah manakala isu kemiskinan berlaku kepada kumpulan pekerja. Beliau juga menekankan aspek pendidikan di dalam masyarat di mana sistem pendidikan perlu ditadbir urus oleh kumpulan pemerintah dengan bijak dan saksama.

Plato (kiri) & Aristotle, daripada School of Athens, fresco oleh Raphael, 1508–11

TEORI SENI PLATO

Penulisan Plato mempunyai pelbagai falsafah yang menjadi pegangan ataupun panduan dalam kehidupan masyarakat dan antaranya adalah tanggapan Plato terhadapap seni di mana ia dianggap sebagai peniruan. Di dalam bukunya yang bertajuk Republik X, Plato dengan tegasnya menyatakan bahawa seni adalah suatu ‘mimesis’, sama ada catan, lukisan, muzik, puisi atau drama adalah tiruan. Walau bagaimanapun, beliau menggunakan istilah mimesis iaitu menghasilkan tiruan atau imitasi dengan beberapa maksud dan istilah yang berlainan.

Dalam pengertian Plato, mimesis bermaksud mengulangi atau mengeluarkan semula kata-kata, perbuatan atau pergerakan seseorang serta mempunya persamaan dengan objek atau benda yang menyerupai orang lain serta mewakili aksi-aksi manusia. Konsep mimesis juga digunakan oleh Plato dengan empat maksud yang berlainan dan maksud-maksud ini boleh bertindih antara satu sama lain. Plato menegaskan bahawa seorang pelukis dan ahli catan ialah seorang yang meniru benda yang dihasilkan olehorang lain. Hal ini kerana benda yang dilukis dalam catannya akan nampak sama seperti objek yang asal dan orang yang bodoh akan berpendapat bahawa mereka sedang melihat benda yang asal apabila melihat catan tersebut.

Mimesis juga dianggap sebagai proses mengulangi atau mengeluarkan kata dan gerak-geri seseorang terdapat dalam hasil rapsodi iaitu orang yang bercakap dan mengulangi kata seorang penyair atau dramatis. Hal ini bermaksud rapsodi itu hanya memperbanyakkan lagi apa yang telah dihasilkan oleh penyair tersebut. Mimesis sebagai penghasilan tiruan bukan sahaja merujuk kepada kepada catan, lukisan dan arca tetapi juga merujuk kepada puisi dan drama. Plato mendakwa bahawa seorang penyair atau pelakon akan cuba meniru kelakuan dewa-dewi Yunani, namun yang menjadi permasalahannya ialah mereka memberi gambaran yang tidak tepat terhadap kelakuan aksi dan kata-kata dewa itu. Hal inilah yang menyebabkan Plato beranggapan bahawa seorang seniman iaitu penyair, pelukis, ahli catan atau pelakon wajar dibuang dari sebuah republik yang unggul. Selain itu, Plato juga menegaskan bahawa seorang seniman hanya menghasilkan sesuatu yang tiruan daripada objek yang terdapat dalam dunia fizikal dan bukan sumber untuk pengetahuan.

Teori Tentang Manusia, Idea, dan Pengetahuan

Plato mempunyai teori yang tersendiri mengenai manusia, idea dan pengetahuan. Satu perumpaan yang menarik tentang orang tahanan yang tinggal di dalam sebuah gua telah dibuat oleh Plato dalam karyanya yang bertajuk Republik kononnya, kaki dan leher tahanan tersebut telah diikat menghadap ke dinding gua. Malah mereka juga dikehendaki untuk duduk membelakangi pintu masuk gua dan pintu ini dibiarkan terbuka bagi membolehkan cahaya dari luar dapat masuk ke dalam gua pada waktu siang. Selain itu, terdapat juga sumber cahaya yang berasal daripada unggun api yang diletakkan di atas pintu masuk gua dan juga sebuah jalan yang terletak berdekatan dengan unggun api dan tempat tahanan itu. Jalan tersebut juga sentiasa dipenuhi oleh orang yang lalu-lalang membawa pelbagai jenis barangan dan bayangan mereka terpantul.

Mereka semakin percaya bahawa bayang-bayang itu adalah realiti kehidupan mereka disebabkan hampir seluruh hidup mereka melihat bayang-bayang tersebut. Plato menegaskan bahawa gua yang berada di bawah tanah itu adalah seperti dunia yang dilihat oleh pancaindera manusia dan setiap bayangan yang mereka lihat adalah hakikat atau realiti kehidupan. Selain itu, Plato turut menggambarkan perkara yang mungkin akan terjadi sekiranya salah seorang daripada tahanan dalam gua itu dilepaskan. Tahanan itu mungkin akan menyangka bahawa dia telah keluar dari dunia nyata dan memasuki dunia bayangan atau impian. Namun, lambat laun dia akan menyedari bahawa sebenarnya apayang dilihatnya di dalam gua hanya bayangan dan segala yang berlaku di luar gua adalah kenyataan. Plato juga menegaskan bahawa hanya orang yang terlepas daripada belenggu sahaja yang mengetahui bahawa perkara yang dilihat di dalam gua itu bukan kenyataan.

Kebanyakkan falsafah Plato tertumpu kepada ajarannya tentang idea. Plato percaya bahawa idea adalah realiti yang sebenarnya daripada sesuatu yang dapat diketahui melalui pancaindera manusia. Hal ini kerana idea tidak akan berubah tetapi hidupan seperti bunga, pokok, manusia dan haiwan akan mati. Oleh kerana idea adalah realiti, maka menurut Plato, idea bukan sekadar gambaran yang berada dalam pemikiran manusia tetapi ianya bersifat objektif kerana tidak bergantung kepada pemikiran manusa, sempurna dan tidak berubah.

Manusia dapat mengetahui bahawa apa yang ada dalam alam ini adalah gambaran dan bayangan daripada alam idea. Dalam hal ini, jiwa berperanan sebagai penghubung
alam idea dengan alam indera. Menurut Plato, sebelum jiwa manusia di penjara oleh tubuh, jiwa berada dalam alam idea dan mengenal sesuatu yang ada dalamnya dan apabila jiwa masuk ke dalam alam indera danterpenjara oleh tubuh, jiwa akan teringat tentang idea. Oleh itu, bagi Plato, pengetahuan adalah ingatan dan keupayaan untuk memperoleh dan kembali memasuki alam idea melalui daya ingatan.

Ciri-ciri Estatika
Selain itu, Plato turut bercerita mengenai estetika (keindahan) dan tentang ciri-ciri yang mesti terdapat pada keindahan. Perkara ini telah dihuraikan oleh Plato dalam bukunya yang bertajuk Symposium yang membincangkan mengenai persoalan objek cinta ialah keindahan. Dalam bukunya itu, beliau menyampaikan dalam bentuk dialog watak utama seperti Phaedrus, Eryximachus, Aristophanes, Agathondan Socrates. Dalam dialog watak ini dinyatakan bahawa proses mencintai tentang keindahan itu perlu diasaskan pada zaman kanak-kanak lagi.
Selain itu, beliau telah menyatakan tujuh ciri utama, ciri pertama
the good sesuatu yang indah itu adalah yang mempunyai ciri yang baik. Kedua, the beneficial membawa maksud bermanfaat atau berfaedah kepada kita. Manakala, ketiga adalah the reasonable di mana sesuatu yang dicipta mestilah munasabah. Selain itu,  yang keempat the appropriate bermaksud berpatutan atau berpadanan. Ciri estetika kelima adalah the balance atau keseimbangan. Keenam  adalah the pleasant yang memberi maksud seronok atau menyenangkan. Ciri terakhir adalah the handsome yang bermaksud elok atau baik. 
Oleh itu, kita tidak seharusnya memandang ringan tentang bidang estetika ini kerana ianya merangkumi bidang yang amat luas seperti bidang sastera dan bidang muzik. Kita memerlukan lima pancaindera untuk menghayati, memahami dan memanfaatkannya.


Plato bersama anak muridnya dari Pompeii


PENGARUH SOCRATES

Seperti kanak-kanak yang lain, Plato telah mendapat didikan dari pelbagai guru falsafah . Antaranya ialah Socrates. Sejak berumur 20 tahun, Plato telah menjadi anak didik Socrates dan Socrates telah memberi banyak pengaruh dalam kehidupan Plato terutama dalam bidang falsafah. Malah, Plato juga sangat mengagumi Socrates dalam setiap penghasikan karyanya dan ini terbukti apabila Plato seperti kehilangan segala-galanya apabila Socrates telah ditangkap dan dihukum mati oleh pemerintah atas tuduhan menghasut golongan muda agar tidak percaya kepada dewa-dewa.

Kematian Socrates menjadi titik tolak dalam kehidupan Plato terutama dalam penghasilan karyanya. Beliau telah menghasilkan pelbagai jenis karya yangkebanyakannya dalam bentuk dialog dengan menggunakan gaya bahasa yang sangat indah dan menarik. Terdapat pendapat yang mengatakan bahawa Plato telah menghasilkan sebanyak 34 buah karya sepanjang hidupnya yang merangkumi dialog dan puisi. Melalui karya yang dihasilkan, Plato bukan sahaja dikenali sebagai seorang ahli falsafasah agung malah seorang sasterawan yang terkemuka. Antara hasil penulisan beliau ialah Republic, Timaios, Apologie, Kriton, Petagoras dan pelbagai lagi.

Dalam kebanyakan karya yang dihasilkan oleh Plato adalah di dalam bentuk cerita dan dialog, beliau menggunakan kaedah Sokrat iaitu kaedah yang dikembangkan oleh gurunya iaitu Socrates. Kaedah ini wujud dalam satu bentuk soal jawab atau dialog sebagai usaha meraih kebenaran dan pengetahuan. Kebanyakan persoalan-persoalan dalam bukunya adalah dalam bentuk dialog. Plato telah berhasil menyempurnakan kaedah Sokrat ini dengan menulis dialog-dialognya dalam bentuk kesusasteraan yang mampu mengagumkan semua orang dari abad ke abad. Dalam seluruh karya falsafah Plato, beliau telah meletakkan Socrates sebagai pelaku utama dalam karyanya. Hal ini membuktikan bahawa Plato sangat mengagumi, menghormati dan mencintai Socrates sehingga nama Socrates diabadikan di dalam hampir kesemua karya beliau.

Phaedo oleh Plato; sebahagian daripada manuskrip.

LATAR BELAKANG PLATO

Nama Sebenar: Aristokle
Nama panggilan: Plato (diberikan oleh gurulatih kerana mempunyai dahi dan bahu yang luas)


Dilahirkan pada 427/428 Masihi di Athens dan meninggal pada 347/348 Masihi. Plato dilahirkan dalam kalangan diraja dimana bapanya Ariston, merupakan seorang bangsawan berketurunan raja Kodrus yang merupakan raja terkahir Athens sekitar tahun 1068 SM. Ibu Plato, Periktione merupakan tokoh lageda dan negarawan agung Athens berketurunan Solon yang terkenal.



Plato dilahirkan dan dbesarkan pada zaman perang Peloponesos pada tahun 404 Masihi dan beliau berpendapat bahawa kekalahan Kerajaan Athens merupakan daripada akibat kerajan yang tidak demokratik. Plato telah meceburkan diri dalam politik bagi membangunkan Kerajaan Athens tambahan pula sepupunya merupakan pemimpin "Tiga Puluh Tyrannoi" yang juga dianggotai oleh bapa saudaranya. Namun Plato melihat kumpulan tersebut telah berubah menjadi diktator yang sangat kejam dan jahat yang berbeza daripada ajaran Socrates. Mereka ingin memperalatkan Socrates untuk menjadi anggota keadilan yang akan menangkap meraka yang tidak bersalah dan akan membolot harta mereka namun Socrates telah menolak tawaran tersebut dan beliau telah diancam untuk dibunuh. Penguaasaan mereka bertahan selama 8 bulan setelah disingkir oleh golongan demokratik.



Kerajaan Athens dipulihkan dan telah membawa harapan baru kepada rakyat termasuklah Plato dan gurunya Socrates. Namun, hasrat Plato terbantut apabila Socrates telah ditangkap dan dibunuh oleh pemerintah demokrat kerana beliau telah dituduh sebagai penjenayah yang telah enghasut golongan pemuda untuk tidak percaya kepada dewi-dewi yang telh diamalkan sejak turun temurun. Socrates telah membawa ajaran baru dimana untuk mempercayai unsur-unsur ghaib.



Setelah kematian Socrates, Plato telah membawa diri berpindah ke negeri Megara dan tinggal bersama kawannya, Euklides. Euklides merupakan guru falsafah di negeri dan negara yang beliau juga merupakan anak didik Socrates. Plato meneruskan pengembaraanya ke Kyrene dan menuntut ilmu daripada Theodoros dan seterusnya berangkat ke Mesir, Afrika Utara, Itali Selatan, Sisilia dan akhirnya kembali semula ke Athens.




PENGENALAN PLATO

Menurut Plato, keadilan merupakan perkara yang paling utama yang harus dimiliki dalam setiap individu dalam seluruh golongan dan masyarakat negara ideal. Negara ideal terhasil ketika negara didalam proses kehancuran.


Plato merupakan ahli falsafah yang terkenal dibawah didikan Socrates. Beliau sangat bergiat aktif dalam politik pada zaman mudanya kerana kezaliman yang sering berlaku akibat daripada pemerintahan yng tidak demokarasi dari segi aspek moral, spiritual dan politik seterusnya berikutan kematian gurunya Socrates yang dijatuhi hukuman bunuh oleh pemerintah pada masa itu.



Plato amat menekankan isu-isu masyarakat yang baik akhlaknya, keadilan, kebebasan dan mementingkan pengetahuan. Menurut Plato, negara yang ideal terdiri daripada tiga kelas golongan iaitu golongan penguasa, tentera dan petani.


Antara hasil penulisan Plato yang menerangkan konsep-konsep politiknya adalah Republik, Politicus dan The Laws.